nuffnang

Tuesday, December 27, 2011

Aurat




KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT



KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.


KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.


KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 




*Renung2kan dan selamat beramal...

Wednesday, December 14, 2011

Review Filem: ONGbak Rindu




Whoa! Salam u'olls~


Dah seminggu filem ne ditayangkan, still xda peluang maw p tengok..n yeah! hari tu dapat jugala p tengok..pas keja..me with Thiara and her bf, Haere..kami p tengok muvee pas kejaaa...ngam2 kami tiga keja pagi so, dapat jugalaa meluangkan sedikit masa utk menonton filem yang ditunggu2 ne..cehh~ ditunggu2 ke?? hahaa..bolehlaa..sebab novel dia dulu2 time zaman2 sekolah mmg favourite novel la katakan...lagipun tengok kwn2 post dekat fb and twitter semua cakap besttt bikin nanges laaa..haishh...okay! tak sabar!


Hurm, time ceta ne stat, agak boring sikit laaa..yelaa..faham2 la kalau ceta melayu ditambah lagi ceta cinta2 yang cdey2 camne...hahaha...okay..saya pun boring juga la tengok...saya ada tertdur kejap..hahaa..part2 lucu pun ada jugaa...mostly, dalam panggung ari tu budak2 remaja yang cam hareeemmm part2 'ganas' sikit mulalahh bisingg...tapi serius lucu jugalaaa..sy pun lupa sda..hahaha...


Maya karin dalam ceta ne mmg lawooooo....sepa2 pun pakai tudung/hijab mesti lawa kan..hehee...aaron aziz pulaaa bolehlaaa..diaa mmg pandai bawa watak...bini dia x jeles ke dia buat aksi2 camtu ngan plakon perempuan ah? huhuhu...whatever la! ;p lisa pulaaa..hahaha..garanggg la sangattt...lucu gak lisa ne law blakon kadang2..over pun ada! lol


Overall, ceta ne x seperti yang saya jangka laa..igtkan sedih tahap gaban...tapi menangis jugala...7/10 ja la saya bagi..huhuhu...



xoxo

FACT #20


FACT #19



Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday : STRESS

Tension sgt bila kena marah2 gni cam budak2 pula! Ada ja salah aku ne! Aigooo...

Aku ka jua yg salah ne...hurm...yala aku la yg salah semua..Allah kan maha Adil dan Maha Mengetahui...Alah akan tunjukkan kebenaran juga tuh! So, just rilex k!

Huhu...rasa macam maw nanges~ ;p

*stress NOT. ingat Allah.

FACT #16

Friday, November 18, 2011

Bungkus @ Tutup?

sekadar hiasan

Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat? Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:

Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape? Ahmad: Alaaa, nasi lemak. Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.


Situasi 2:

Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP.... :-)

Eh2..kenapa ada gmbr fasha sandha bertudung ne..ehehe...cantik dia pkai tudung kan? hehe



*Renung2 kan dan selamat beramal..:)




Saturday, November 12, 2011

Tahniah Kembarku!




SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAWANKU TERSAYANG NURUL HIZZATY ARIFFIN DAN PASANGAN. HAPPILY EVER AFTER K! :)

*sorry jg xdpt dtg 12/11/11~ memang btul2 feel guilty xdpt dtg majlis perkahwinan dua2 besfrend time skola dlu...:'( sooooo sorry! serius nak nanges...n smpai skrg rasa bersalah..sorry nick n zaty~

*zaty ne kenal dlu sma2 tusyen time tahun 6 xsilap..pastu xsngka skola mnengah satu skul and satu kelas (kejap je..then aku tukar kelas)...tym pmr lagi rapat cz tusyen pun mmg sma2..n org ckp kami kembar kalo pkai spek la! ...nak cari la gmbr dolu2~

*bila spm, kitorang pisah..tp stil leh jmpa laaa...smpailah msg2 buat hala tuju masing2..n now dia dah jadi polis daaa...beshnyaa..aku? masih dengan buku2 ku~ ;p


Love u friend! U look so pretty in ur wedding pic! (sorry ambik pic ko dr fb)

xoxo

Friday, November 11, 2011

Tahniah Siti Naqiah & Fazri





TAHNIAH BUAT KAWANKU DARI KECIK..SITI NAQIAH RATAG DAN PASANGAN..SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT..

*sorry xdpt dtg...ada hal yg xdpt dielakkan..sorry k fren..im happy for you! :)
*cantik tarikh kawen..11.11.11~ triple eleven! semoga gembira sentiasa dan diberkati Allah k~

*nick...makin bertambah2 cantek ko skrg kan..tym wedding ko pun cantik...sooo purplelicious~ i loikee~ Love u friend! xoxo

#Wish111111

Such a nice date..111111~

1) Hari ne kawen my bff, Siti Naqia...tp xdpt dtg..sebab jauh la dekat smprna..kalo xda penting hari nie aku datang jg..tapi hari nie and esok mmg busy sgt2..ada presentation pula..tym cuti pun maw bentang ne..adeii..esok pun kawen my friend juga Nurul Hizzaty...sama jg xdpt datang..d semporna...:( sooooo saddddd

2) Mudah2 an aku dapat jodoh hari ne..huahauhaua..mmg wish xboleh blah! ;p

3) Mudah2 an assignment ku dapat ku siapkan hari nie! tarikh hantar dah dekat da ne..haishh..byk masa aku terbuang ne..pmls sungguh!

4) Harap2 duittttt masyukkk hari ne..;p

5) Memang kerepek! hahahaa...okay..chow!


Cerita Lucu 2

pic ambik dr tumblr


Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit ! ~

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh ?? ! ~
Budak: Saya nak mandikan kucing saye ! ~
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti ! ~

Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.

Pekedai: Bagaimana kucing kamu ? ! ~
Budak: Mati !!! ~
Pekedai: kan saye dah kata masa kamu beli serbuk pencuci tu .. Tapi Kamu degil ! ~
Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya ! ~
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya ? ! ~
Budak: MESIN BASUH itu..ia berpusing terlalu laju.. Kucing saye tidak sempat timbul untuk bernafas !!! ~


*Lawak tak lawak?

Thursday, November 10, 2011

Bertudung Lebih Baik


Assalamualaikum,

Ne nak share ambik dr fb kawan..rasanya dekat fb mmg balik2 da kena share ne kan..

Just untuk peringatan kepada diri sendiri and semua..


kak ija..pinjam pic jap~ ;)


8 Sebab Kenapa Bertudung Lebih Baik

1) Tuntutan agama
- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

*Semoga kita menjadi yang lebih baik..aminn :)

Wordless Wednesday : Al-Fatihah

The meaning of Surah Al-Fatihah


Monday, November 7, 2011

Lagu Cinta Made in Malaysia

Salam u'ols,

Mesti dah ramai tahu psl vlogger yg besh ne kn..Matluthfi~ dia mmg terbaek la! Suka tgk dia vlog..dulu aku selalu tgk juga IniAnwarHadi...tp lama2 cam x besh dah..matluthfi jg besh kan..ke sebab dia comei ckit? ngehehe...

ne vlog terbaru dia..layannn...betul jg pa dia cakap ne kan..hehe..vlog semua lawak2..



"Aliff Satar, could you please stop talking about me? "

Haha..ayat paling last xboleh blah btul~ ;p

Don't Let Me Fall

Assalamualaikum semua,

Nak update jap g..pasal raya haji semalam...ceta sedih?

Nak pegi keja sat g~

Taataa..

#np Resah Tanpamu by Titi Kamal..beshhh..;p (selalu dengar dkt blog cik Ryna)

Sunday, November 6, 2011

Happy Birthdayy Siti Nadhirah

Hari nie 6/11/2011 memang hari terbaek wok! Hari Raya Aidiladha + my sister's birthday! :)

Happy Birthday to my pretty sister Siti Nadhirah. May Allah bless u always. And good luck SPM 2011.
You can do it babeyh~ :)


Dia tinggi ckit. I know.hahaa and I tinggi banyak. ;p


Dyra, Me, Umay
Time ne raya Aidilfitri 2011 dekat kampung.

Salam Aidiladha 2011

Assalamualaikum semua,

Hari nie 6/11/11 merupakan Hari Raya Aidiladha di mana hari ini adalah perayaan terbesar buat seluruh umat islam selain pada 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau pagi 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya, Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

*SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. jom sembelih naga? eh?!

Thursday, November 3, 2011

Luahan Hati


Currently, love this. ;)

Luahan hati la sgt kan...ada kena mengena? Tu yang kita x tahu..huahuahua

Gadis Seperti Aku

Memang takkan ada gadis seperti aku tapi yang lebih baik, banyak..
Memang takkan ada gadis sehebat aku tapi yang lebih hebat, banyak..
Maka tak perlu kau susah hati, banyak lagi gadis yang bisa kau pilih,
Untuk kau jadikan sandaran hati...

Memang takkan ada gadis se'shexy' aku, tapi yang lebih sexy, banyak..
Memang takkan ada gadis secomel aku tapi yang lebih comel, banyak..
Maka tak perlu pujuk rayu itu,
Jangan sampai kau rendahkan dirimu memaksa aku untuk jadi pacarmu..

Oh baby baby..
Jangan kau marah sebab ku tolak, ku tahu kamu kaya dan baik budi bahasa,
Ku yakin pasti ada gadis yang akan suka..

Oh baby,
Jangan kau dendam sebab ku enggan, bercinta ku maw tapi tidak denganmu,
Ku sudah ada satu kekasih yang menunggu..

Ceritanya aku mahu belajar setia..
Makanya dari itu kamu jangan memaksa..
Kerna aku memang tak bisa menduaaaa...
Nooooooo..

:)

Wordless Wednesday : FUTSAL

TIRED. baru balik berfutsal..sakit kaki lg..adei...

*eh, actually maw post lepas balik smlm~ tapi dah hari khamis da..xpalaaa..berlaku hari rabu jg kan..lol

Wednesday, November 2, 2011

Hijab/Tudung Issue

Assalamualaikum semua,

Kalau kita tengok hari ini dah makin ramai wanita/perempuan yang dah bertudung..Alhamdulillah...tapi ada juga yang bertudung semata2 fesyen...yela sekarang fesyen orang bertudung lagi up-to-date~ fesyen ala2 hana tajima yuna menjadi bualan dan ikutan orang ramai dan penggemar fesyen terutamanya wanita.

Tapi harus diingat, kita bertudung/ menutup aurat kerana syariat Allah. Ada yang bertudung sebab bf suruh...pastu kalau dah break off buka tudung balik..yes..memang banyak yang aku tengok camtu...harap2 kita dijauhkan dari benda2 camtu k~

Yang bertudung ikhlas kerana Allah, Alhamdulillah. Tapi bertudung pun mesti betul. I mean skrang ramai yang bertudung stil nampak aurat, ber'legging', kain sendat, baju lengan pendek, tudung nampak dada dll.


Oh! Aku juga seperti itu dahulu (pakai tudung, tapi baju lengan pendek, pkai tudung dpn x labuh smpai nampak dada). Aku dalam proses ingin menjadi muslimah yang baik. InsyaAllah,, di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan...seboleh2nya elakkan la pakai tudung tapi pakai seluar legging..pa lagi kalo orang yg gmuk tu..adeii..kena malu ckit juga...Agak2 ckit laa kan..

Ingat x lagu minah tudung hafiz asyaari ka x silap..hah..tulah minah tudung zaman skrg..best pulok dengar lagu tuh! lol

Eh2..aku nak ceta pasal isu tudung yang menyerupai tudung sister sebenarnya...skrang kan dah jadi isu...kesian jugak dekat yuna..tapi kadang2 bagus juga da pengkritik pasal semua ne...kita pun dapat sedar kesalahan even kesalahan tu kesalahn kecil yang kita x sedar..macam benda ne la...yelah..duk lawa2 pkai tudung fesyen2 knun nak tiru2 hana tajima la yuna laa..tup tup menyerupai 'sister' gereja..

Tapi, kalao macam dalam gambar tu, aku x pena pakai lagi la..lagipun aku tudung paling2 pun aku just pakai shawl ada la ckit gaya2 modern ckit..

Cni ada komentar2 dari ustaz Zaharuddin dan Ustaz Zul pasal isu tudung berfesyen sekarang nie!














Sunday, October 23, 2011

Jangan makan sardin?

Assalamualaikum u'alls~ :)

Hari tu terbaca la dekat wall kawan pasal sardin ne..nak tahu juga kan..yelah..semua mesti pernah mkn sardin..n ada jg yg hari2 makan sardin..kalo bdk hostel yg tggl sendiri konpom la sardin n mee maggi makanan harian...senang, jimat dan cepat..hehe

Tapi aku ne duk mna2 pun aku mmg suka makan sardin..kalau buat sandwich sardin lagi laa i loikeeee~ tapi bila baca cerita pasal sardin ne rasa cam...hurm...nak mkn lagi ke tak pasne?? ehehe...wallahualam...aku pun xtaw sumber/cerita nie boleh dipercayai ke tak tapi korang baca je la kan..manalataw korang lebih tahu pasal benda ne..boleh bgtaw dekat aku kebenarannya..ehehee...

Alkisahnyaaaaa.....


‎~~~BAHAYA SARDIN. ~~~ BACA! PENTING untuk PEREMPUAN!


Assalamualaikum wbht

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam

Thursday, October 20, 2011

Hidup Tak Selalunya Indah 1



Assalamualaikum,

Macam tajuk entri di atas, hidup x selalunya indah. Ya. Itu benar. Setiap manusia pasti mempunyai masalah dalam hidup. Tapi setiap masalah kan ada jalan penyelesaiannya.

Masalah? Masalah? Masalah dengan keluarga, dengan rakan2, dengan manusia, masalah kewangan, masalah itu masalah ini dan banyak lagi.

Aku? Semestinya aku juga seperti manusia biasa..ada masalah. Dan mungkin aku xtaw bila masalah aku ini akan selesai..Hurm..Kenapa aku cakap begini..Susah untuk aku luahkan untuk aku terangkan apa jenis masalah yang aku hadapi...hanya keluarga dan semestinya Allah sahaja yang mengetahuinya..


Bersambung...

Tuesday, October 18, 2011

Cerita Best 2


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.

Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer.

To: Isteri kesayanganku
Date: 10 OKTOBER 2011

Subject: Abang telah selamat sampai


Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


Bertuahnya seorang wanita...

kak ijaa pinjam pic mu~ ;)


BERTUAHNYA hidup, ALLAH SWT jadikan sy sebagai seorang perempuan :) ♥

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

-ZELL-

Wednesday, September 21, 2011

Morning Wednesday!

me with my 3 pretty sisters! (aku mmg xleh nak skema kalo begambo ;p)


Salam semua,

Yeah! Hari ne rajin ckit update awal pagi..ehehee...Hari nie xda class, boleh duk rumah ja..tapi kena siapkan assignment dlu...adoii..baru seminggu start sem baru dah ada assignment kena hntr..ngaaa~ tesis pun dah start buat..risau pun ada..takut xdpt buat yg terbaek wok! :)

InsyaAllah semua akan okay kan...aigoo, amik kau! Bila aku nak fokus ckit mulalah flu teramat! seksa okay~ seksa akhirat lagi dasyat ye dok? ehehe..

Bangun pagi tadi, pas subuh ja trus cek fb, twitter... terbacala post my manager d mcd~ dia kena transfer pegi sjs~ mcd drive-thru~ alahaiii..xbeshnyaaaa...masuk ne dah dua orang manager yg besh2 pindah sjs~ hurm..aku pun nak pindah sanalaa...boleh aku keja mlm kan...pagi aku g kelas..ehehee..tapi seyes, mmg ngaaaa cdey la weyh dia pindah! eh, dia ada namaa..acey~ ehehe...xbesh okay! dlu fletcher yang pindah now acey plaa...dah xbest n x meriah dah mcd tuh~

Tapi xpala, aku pun xkeja lagi sekarang, kunun nak fokus study..chewahh! dalam hati meronta-ronta nak keja! rinduuuuu la..dgn crew2 semuaa..manager2..n customer2 yg sdp mata memandang! wahahaha

Hurm..insyaAllah law ada masa hari nie, aku pegi mcd lawat2 sana..lagipun kuih raya ne dah bangas dekat rumah aku ne..x tebagi2 lagi..ehehe...

*okayla..gtg..xoxo

Saturday, September 3, 2011

Iftar with friends!


Salam semua,

Ehehee...bulan posa dah habis tapi aku nak juga update pasal bulan posa hari tue...;p

Hari tu 26hb Ogos kami plan la maw sungkai sama2...lama x jumpa dorang ne almost 3years x jumpaa..c chombi ja la memang lama x jumpa..yala..dia dpt d uum, kami semua ne dapat ums cuma lain skola..se' and grace dua2 spps (bakal2 cigu), ernie pula skola ekonomi (spe) dan aku pula sss (skola syok sendiri? ehehe..skola sains sosial)...kadang2 kami tjumpa juga laaa..cuma ernie ne skola dia jauh ckit..jrg2 juga jumpaa...

tapiii..ne kurang lagi ne..ramai lagi member yang xdpt join...xpala..yg pntg kami2 pun cukup...hepi jugala dpt jumpaa..lepas sungkai kami cam biasala crita2 pasal perkembangan masing2..ehehe..besh ja kan..ernie and chombee ne dah hbs study...aku, se' and grace lagi 2sem baru hbs...beshnyaa dorg grad awal kan..hehe..insyaAllah next year turn kami pula yg grad...


Gambar xbyk sangat ambik, xda kamera canggih..pkai kamera phone ja..ehehee


ernie, se', me, gracie and chombee

c se' jugala paling manang kan...tp kenapa aku jauh2 ne? kih3

ella.ernie.siah.grace.chombee

kami bebuka dekat secret recipe, 1Borneo..dtg setengah jam awal..lps order2 semua, jln2 jap cuci mata...hbs batal puasa gni..ehehe

nah ini chombee punya keja la ne..hehe

aku x nampak laa...adeii

ernie and grace

se'.chombee.ella

ne minta tolong staf SR ambik gmbr..hensem pla tu..ehehe..sempat lg.;p

*sungkai - buka puasa/iftar
*manang - menang

Sunday, August 28, 2011

Balik Kampung



Perjalanan jauh tak ku rasa,

Kerna hatiku melonjak sama,

Kini berjumpa sanak saudara,

Yang selalu bermain di mataaaaaaaa....

oh oh oh Balik kampunggg...oh oh oh balik kampung...

oh oh oh balik kampung....hati giranggg...

oh oh oh hari rayaaa...


Salam silaturrahim semua,

Hoorayyy! Hari nie balik kampungggggg...kampungg bapa sayaa d semporna..hihi.. xsbrnyaaa....hrp2la raya 31 Ogos..sempat juga aku buat kuih banyak2...kih3...

Dah minta cuti dengan manager mcd obm..cuti raya padahal surat cuti raya sepatutnya hantar last 14july...awal kan...tapi aku xtaw...n buat2 xtaw...hahaha...

Nasib baik store manager aku baik hati...dia cakap boleh je cuti hantar ja surat..hehe..aku hantarlaa...besh3..cuti raya sampai 5hb september...tapiii...mungkin juga lepas raya aku x keja da..sebab??

adalaahhhh....ehehe...

1. Sem dah bermula
2. Fokus study..final year woah! LI lagi aku bingung ne.
3. Jaga my niece, Syasya.

Di sini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya sekiranya saya pernah menyakiti hati kalian semua, termakan minum korang punya, apa2 ja la yang ter-ter..hehehe...sorry k...alaa..minta maaf x semestinya time raya ja...kalo dah sedar kita ada buat salah mesti minta maaf k..takut x sempat..:)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua yang meraikannya!! Enjoy your raya!

Kepada yang xdapat balik kampung beraya bersama keluarga tu, jangan sedih2 k...call la mak ayah n fmly nnt..xpun skype ka..boleh hilangkan rasa rindu korang tu..k..

Kepada yang balik kampung, berhati2 di jalan raya. Biar lambat asal selamat! Yuhuuuuu!!

xoxo

Wednesday, July 20, 2011

Birthday Girl?

Salam,

Semalam, 19julai merupakan hari lahirku. Bangun pagi ja wahahaha..indahnya dunia..ceh~ Cam biasala cek2 hp ramai yg wish bufday...dkt fb twitter semua..celonoknyaaa...

Tapi2 yang sedihnya org yang aku tunggu2 wish xpula wish bufday aku...Kesian~

Hari tu aku keja shift petang smpai closing la jm11 gitu..hepi jugala diorang2 igt bufday aku walhal dkt fb kan ada reminder..kalo xda, x igt and xtaw la kot bila bufday aku..

Aku ne bukan jenis sambut bufday jugalaa..biasa2 ja..even dlm family aku..adik2 aku mmg slalu sambut bufday...beli kek..kenduri doa selamat..tapi bila time aku? xdaa..kesian lagi~ ehehee

Tapi bila dah besar2 gni..x kesahla sambut ka tidak...wish pun cukuplaa...tapi kenapa orang aku tunggu2 x igt bufday aku? ka sengaja x wish? dekat fb mustahil xtaw kan..hurm...kesian lagi lagi~

Jam menunjukkan pukul 12tengah malam, tepat ja 12 tengah malam bersamaan 20julai..aku rasa alaaa..not my day lagi :(

Anyway, thanks kepada semua kawan2 and family yang wish my bufday thru fon, fb or twitter. ;) You guys made my day..xoxo

Monday, May 30, 2011

Saturday, May 28, 2011

Osama bestfriend Obama?

Assalamualaikum and hello readers,

Baru2 nih adalah berita Osama bin Laden dah meninggal dunia. wallahualam la. bila tengok pic dia kena bunuh la pa..ketara sangat kena edit..korang mesti dah tahu kan...

Tapi korang x tahu sebenarnya Obama kawan dengan Osama...dia saja ja hebahkan dekat media yg dorang ne kununnya musuh ketat? motif? tuh kita x tahu~ politic is sucks you know. ahaha...tapi kadang2 aku pernah juga terfikir nak join politik sebenarnya? wakakakaa..wakkkluuuuu nak join politik?! XD

Eh, yaka Obama bestfriend ngan Osama?

Yaaaaaa..betul..bff tuh dorangg...buktinyaaa.....


obama siap sikat2 lagi janggut/jambang osama


main tapuk2 la pulak dorang nih, mesra gitu...

bersalaman dulu bha! haha

cheerrss! gila bff tul dorg nih!

tengok main pool lagi sama2~


kan?? tak percaya? haishhhhh....

xpalaaa....

sebenarnya korang dah tertipu~

ehehee..ne adalah makhluk Allah ne serupa dengan Obama la knun then kawan dia pulak ada mirip2 Osama..tang jambang ja la kali~
hehehe...

*pic ambik dari blog telordibasuh pada suatu ketika dahulu.hahaha..tapi skrg dah xda kot sebab blog tuh telah diambil alih oleh keluarga arwah.aku ada buat entri psl arwah ni~ thnkssss arwah hakim kamal~

arwah byk buat entri yg pelik2~ yang kita x tahu~ aku ambik pic ne coz aku tertarik la pulak dgn gmbr2 ne...bgus untuk kontroversi! hahaha....menarik bukan pic2 osama dan obama ni?? hehehe

renung2 kan dan selamat beramal~~ :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...