nuffnang

Tuesday, May 10, 2011

ULASAN SYEIKH SOLEH BIN FAUZAN MENGENAI ISU KAHWIN AWAL KETIKA BELAJAR


Assalamualaikum,


"Adapun jika dikatakan: Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar; (pernyataan) ini TIDAK boleh diterima bahkan yang sebetulnya adalah SEBALIKNYA, kerana selama mana perkahwinan itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antaranya ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapat ilmu, adapun jika tidak berkahwin maka inilah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran yang terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dalamnya,dan mempunyai isteri yang melunakkannya dan membantunya maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya."


Ulasan oleh: Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan (Ahli Majlis Ulama Sedunia)


____________________________________________________________________

Ceta pasal kawin time study ne actually biasa da kita dengar kan...ada kebaikan dan ada keburukan...

Kebaikannya : Menghindar daripada berlakunya zina, ada suami/isteri yang bantu kita samada tolong bagi support ke...support dari orang tersayang ne lain taw...buat kita lebih bersemangat...dari segi kewangan pun ada jg...contohnya macam kawan2 aku~ biasa husband dorg ne la akan tolong bagi belanja study semua..besh pla kan...cehh~ xpayah minta dari pa-ma or x payah keja sendiri..kottt~ hehehe..tapi x semua la k...

Keburukan: Kalo yang dah pregnant..pastu ada anak..susah nak concentrate ckit...tapi yang ne pun x semua...pengalaman aku la belajar dengan orang2 yang dah kawin ada anak 2-3, ok ja diorang study..boleh fokus lg..lebih baik dari student2 lum kahwin~ tengok juga la kan camna~ hehee....

Tapi fikir kawin2 nie..memang besh la kot~ ehehee...(ada hati nak kawin) alaaa..betul la..semua orang nak bhagia kan...so do I~ ececehhh~ tapi rasa2nya aku akan kawin ke? hurm...bila fikir balik....hurm...Let Allah do his job~

Semoga Allah pertemukan kita dengan jodoh yang baik dan beriman..Aminnn

So, kepada sesiapa yang ada hati, ada plan nak kawin time study...boleh tak salah...terpulang pada korang camna kan...yang penting kena pandai bahagikan masa tuk study..tuk husband/wife..tuk family...ekonomi pun mesti kukuh...ingat senang ke nak kawin xde duit ne...xde keja lagi..susah wooo~ xkan nak bergantung dengan parents pula kan...

Renung2 kan dan selamat beramal....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...