Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah.. bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
* Bagi pendapat saya, actually hari2 pun boleh dijadikan hari ibu...hari jadi ibu juga adalah hari ibu..hari bermakna ibu...yang penting kita kena sayang ibu kita x kira kita di mana...kalau boleh call ibu/ayah hari2...itu akan membuatkan kita sayang ibu bapa kita dan mengingati mereka.. jangan sesekali lupa akan mereka. ..ibu bapa akan gembira sekiranya anak2 sering bertanyakan khabar tentang mereka..jangan sesekali jadi kacang lupakan kulit...jadi cam si Tanggang tu...hormatilah, sayangilah ibu bapa kita kerana mereka telah bersusah payah membesarkan kita...memang jasa mereka xboleh dibayar dengan wang..Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka...ibu bapa sering berkata...belajar sungguh2 demi masa depan..kerana itu sahaja harta yang ada yang dapat mereka berikan kepada kita...jadi, kita kena bersyukur dan mengambil peluang yang ada dengan sebaik2nya....belajar sunguh2...ibu bapa pasti gembira lihat anak2 mereka berjaya..tapi bila dah berjaya jangan pula nak lupakan orang tua yaa...
Seringkali berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa tiap kali solat...insyaallah doa anak2 soleh/solehah akan dimakbulkan...
p/s: saya sayang mak!
No comments:
Post a Comment