nuffnang

Sunday, May 8, 2011

FACT #8




WHENEVER I'M HURT, I DON'T TALK. I JUST WEAR A FAKE SMILE, TELL EVERYTHING'S OKAY EVEN THOUGH I WANT TO CRY :;(

Like always~

Sambutan Hari Ibu haram???


Assalamualaikum,

Hurm...hari nie...8mei sambutan hari ibu kan..hihi..baru je post pasal entri hari ibu...then terbaca pulak dekat fb pasal sambutan hari ibu haram??

hurm....read more :-



Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah.. bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

* Bagi pendapat saya, actually hari2 pun boleh dijadikan hari ibu...hari jadi ibu juga adalah hari ibu..hari bermakna ibu...yang penting kita kena sayang ibu kita x kira kita di mana...kalau boleh call ibu/ayah hari2...itu akan membuatkan kita sayang ibu bapa kita dan mengingati mereka.. jangan sesekali lupa akan mereka. ..ibu bapa akan gembira sekiranya anak2 sering bertanyakan khabar tentang mereka..jangan sesekali jadi kacang lupakan kulit...jadi cam si Tanggang tu...hormatilah, sayangilah ibu bapa kita kerana mereka telah bersusah payah membesarkan kita...memang jasa mereka xboleh dibayar dengan wang..Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka...ibu bapa sering berkata...belajar sungguh2 demi masa depan..kerana itu sahaja harta yang ada yang dapat mereka berikan kepada kita...jadi, kita kena bersyukur dan mengambil peluang yang ada dengan sebaik2nya....belajar sunguh2...ibu bapa pasti gembira lihat anak2 mereka berjaya..tapi bila dah berjaya jangan pula nak lupakan orang tua yaa...

Seringkali berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa tiap kali solat...insyaallah doa anak2 soleh/solehah akan dimakbulkan...

p/s: saya sayang mak!

Sumber : http://ohislam.com/sambutan-hari-ibu-adalah-haram/

Happy birthdayy Munir

Assalamualaikum semua,

hari nie 8mei2011 bufday abang aku iaitu Mohd Munir. yang ke berapa? aku lum kira..hehehe...dia lahir 1985...korang kira la sendiri..lol

Semoga beliau panjang umur, murah rezeki, berubah menjadi lebih baik dan menjadi anak yang soleh...

Aminnn.....

Saturday, May 7, 2011

People change.

Assalamualaikum and hello readers,

saya xfaham kenapa perlu berubah? kalau berubah kepada yang lebih bagus, okay...yg ne macam hampehh~~

kalo igt 1st time kenal dia...memang bestt ja kwn ngan dia ne...humble, baik pulak tuh, sekarang...jgn cakapla....semua pun macam hampeh~ ko x tegur aku..aku lg x tegur ko~ HAHA

Mungkin saya terlalu sensitif, emosi pasal nie..yah..saya mengaku saya terlalu emosi bila menyentuh pasal famili, kawan~

Hurm...jadi selfish bagus juga...buat ja kerja sendiri..xpyh fikir pasal orang lain~ and sebab tu juga aku maw resign d mekdi! saya enjoyy sgt d mekdi...tapi bila dah camtu...nanti sy ceta...banyak sangat perkara yang aku rasa aku cam x nak dah stay sana..:((( nak nangesss weyhh~~

susahnya nak cari kawan kan...

hurmmm....

HAPPY MOTHERS DAY!



Assalammualaikum and hello readers,

Hari nie..7/5/2011 merupakan hari ibu bagi negara Malaysia and ada lagi la negara2 lain...

So, to all mothers in the world, Happy Mother's Day!



So, this is my mama....I love you with all my heart mama! Thanks for everything :)


Btw, nak tunjuk ne...ingat tak c mathlutfi ne ada buat video sempena mothers day 2010 yg lalu??? mmg pemes gila vlog tu...dekat youtube and facebook! he's awsome!!

and tahun ne pun...mmg tunggu2 juga if dia ada buat video pasal Mother's Day nie...tup3...smalam dia ada upload vlog terbaru dia...sweettt je dia ne..nak jumpa hang la someday! ;p



sweet kan....hehehe..dia nk blaja buat cekodok~ last2 hangus...hihii...tp chumilll jeee~~ ;p


ne pulak video dia pasal mother's day 2010....


Okay..that's all~

Sayangilah ibu anda...:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...