nuffnang

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 2011

Assalamualaikum semua,

Hari nie 6/11/11 merupakan Hari Raya Aidiladha di mana hari ini adalah perayaan terbesar buat seluruh umat islam selain pada 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau pagi 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya, Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

*SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. jom sembelih naga? eh?!

Thursday, November 3, 2011

Luahan Hati


Currently, love this. ;)

Luahan hati la sgt kan...ada kena mengena? Tu yang kita x tahu..huahuahua

Gadis Seperti Aku

Memang takkan ada gadis seperti aku tapi yang lebih baik, banyak..
Memang takkan ada gadis sehebat aku tapi yang lebih hebat, banyak..
Maka tak perlu kau susah hati, banyak lagi gadis yang bisa kau pilih,
Untuk kau jadikan sandaran hati...

Memang takkan ada gadis se'shexy' aku, tapi yang lebih sexy, banyak..
Memang takkan ada gadis secomel aku tapi yang lebih comel, banyak..
Maka tak perlu pujuk rayu itu,
Jangan sampai kau rendahkan dirimu memaksa aku untuk jadi pacarmu..

Oh baby baby..
Jangan kau marah sebab ku tolak, ku tahu kamu kaya dan baik budi bahasa,
Ku yakin pasti ada gadis yang akan suka..

Oh baby,
Jangan kau dendam sebab ku enggan, bercinta ku maw tapi tidak denganmu,
Ku sudah ada satu kekasih yang menunggu..

Ceritanya aku mahu belajar setia..
Makanya dari itu kamu jangan memaksa..
Kerna aku memang tak bisa menduaaaa...
Nooooooo..

:)

Wordless Wednesday : FUTSAL

TIRED. baru balik berfutsal..sakit kaki lg..adei...

*eh, actually maw post lepas balik smlm~ tapi dah hari khamis da..xpalaaa..berlaku hari rabu jg kan..lol

Wednesday, November 2, 2011

Hijab/Tudung Issue

Assalamualaikum semua,

Kalau kita tengok hari ini dah makin ramai wanita/perempuan yang dah bertudung..Alhamdulillah...tapi ada juga yang bertudung semata2 fesyen...yela sekarang fesyen orang bertudung lagi up-to-date~ fesyen ala2 hana tajima yuna menjadi bualan dan ikutan orang ramai dan penggemar fesyen terutamanya wanita.

Tapi harus diingat, kita bertudung/ menutup aurat kerana syariat Allah. Ada yang bertudung sebab bf suruh...pastu kalau dah break off buka tudung balik..yes..memang banyak yang aku tengok camtu...harap2 kita dijauhkan dari benda2 camtu k~

Yang bertudung ikhlas kerana Allah, Alhamdulillah. Tapi bertudung pun mesti betul. I mean skrang ramai yang bertudung stil nampak aurat, ber'legging', kain sendat, baju lengan pendek, tudung nampak dada dll.


Oh! Aku juga seperti itu dahulu (pakai tudung, tapi baju lengan pendek, pkai tudung dpn x labuh smpai nampak dada). Aku dalam proses ingin menjadi muslimah yang baik. InsyaAllah,, di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan...seboleh2nya elakkan la pakai tudung tapi pakai seluar legging..pa lagi kalo orang yg gmuk tu..adeii..kena malu ckit juga...Agak2 ckit laa kan..

Ingat x lagu minah tudung hafiz asyaari ka x silap..hah..tulah minah tudung zaman skrg..best pulok dengar lagu tuh! lol

Eh2..aku nak ceta pasal isu tudung yang menyerupai tudung sister sebenarnya...skrang kan dah jadi isu...kesian jugak dekat yuna..tapi kadang2 bagus juga da pengkritik pasal semua ne...kita pun dapat sedar kesalahan even kesalahan tu kesalahn kecil yang kita x sedar..macam benda ne la...yelah..duk lawa2 pkai tudung fesyen2 knun nak tiru2 hana tajima la yuna laa..tup tup menyerupai 'sister' gereja..

Tapi, kalao macam dalam gambar tu, aku x pena pakai lagi la..lagipun aku tudung paling2 pun aku just pakai shawl ada la ckit gaya2 modern ckit..

Cni ada komentar2 dari ustaz Zaharuddin dan Ustaz Zul pasal isu tudung berfesyen sekarang nie!














Sunday, October 23, 2011

Jangan makan sardin?

Assalamualaikum u'alls~ :)

Hari tu terbaca la dekat wall kawan pasal sardin ne..nak tahu juga kan..yelah..semua mesti pernah mkn sardin..n ada jg yg hari2 makan sardin..kalo bdk hostel yg tggl sendiri konpom la sardin n mee maggi makanan harian...senang, jimat dan cepat..hehe

Tapi aku ne duk mna2 pun aku mmg suka makan sardin..kalau buat sandwich sardin lagi laa i loikeeee~ tapi bila baca cerita pasal sardin ne rasa cam...hurm...nak mkn lagi ke tak pasne?? ehehe...wallahualam...aku pun xtaw sumber/cerita nie boleh dipercayai ke tak tapi korang baca je la kan..manalataw korang lebih tahu pasal benda ne..boleh bgtaw dekat aku kebenarannya..ehehee...

Alkisahnyaaaaa.....


‎~~~BAHAYA SARDIN. ~~~ BACA! PENTING untuk PEREMPUAN!


Assalamualaikum wbht

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...